BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG... BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT...




Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Peribahasa ini sering kita dengar untuk memupuk semangat perpaduan dikalangan kita.

Langkah-langkah yang sesuai untuk mengekalkan perpaduan dalam sesebuah negara adalah:

1)Perlu ada persefahaman di antara satu sama lain. Untuk membentuk satu persefahaman yang jitu perlu ada pengorbanan.

2)Memupuk semangat partiotisme sejak dari peringkat kanak-kanak lagi.

3)Lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu kebangsaan dan jata negara juga harus dikenali dan dihormarti oleh setiap warganegara Malaysia.

4)Mewujudkan satu sistem pendidikan berteraskan kebangsaan. Apabila pelajar berbilang kaum di peringkat awal didedahkan dengan kepelbagaian bangsa dan agama, maka usaha untuk membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang berpadu dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

5)Sifat berdisiplin juga amat penting dalam memupuk perpaduan. Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk kesenangan semua pihak. 

6)Rakyat juga harus berusaha dengan gigih dan bersifat produktif untuk memajukan negara. Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara dan taraf hidup mereka.  
Posted on 5:07 PM by Ridhwan and filed under | 0 Comments »

0 comments:

Post a Comment