ALHAMDULILLAH...AKHIRNYA TERCIPTA...




ASSALAMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA kepada anda yang melayari blog ini. Syukur kehadrat ILLAHI kerana memberi kekuatan kepada diri ini untuk terus menapak ke dunia blog ini. Sebenarnya blog ni merupakan paling LATES hasil ciptaan saya sendiri ini kerana malang tidak berbau blog lama mengalami CORRUPT sehingga  memaksa diri untuk mencipta blog baru ini.

Hopefully anda semua enjoy membaca blog ini sambil mendapat input-input yang berguna bak kata pepatah "Sambil Menyelam Minum Air." Konsep blog ini tidak dikhususkan atau tertumpu kepada sebarang topik atau tema cuma mungkin saya lebih terdorong untuk menulis mengenai CURRENT ISSUE, ISLAMIC CONTENT atau berkenaan HUMANITY.  

Jadi suka saya berkongsi dengan anda semua mengenai sejarah silam penubuhan blog. Blog adalah hasil evolusi dari diary online atau catatan harian mengenai pendapat, pandangan, lontaran dan sebagainya di dalam bentuk aplikasi online. Salah seorang pioneer dari Internet-Based Journalist iaitu Justin Hall, yang membuat online diarinya bertajuk Justin Links From The Underground ketika dia masih merupakan pelajar dari Swarthmore College.

Pada tahun 1997, Jorn Barger seorang programer yang juga mengelola website online diary “robot wisdom” menciptakan istilah weblog yang diambil dari perkataan “logging the web.” Logging jika diterjemah ke dalam Bahasa Malaysia bermaksud masuk, jadi perkataan "Logging the web" boleh diertikan sebagai memasuki web.

Sehingga tahun 1998, baru tercipta beberapa website yang dapat dikenalpasti dan pada awal tahun 1999, Peter Merholz telah mencipta istilah baru dikenali sebagai weblog atau wee-blog sehingga pada akhirnya dipendekan perkataan itu menjadi blog. Manakala orang yang mengelola  atau mencipta blog dipanggil sebagai “blogger”

Dari situlah bermula perubahan Blog dan semakin hari, semakin banyak orang yang mula berjinak-jinak mencipta Blog. Pertumbuhan blog menjadi semakin signifikan ketika laman Blogger.com mula tercipta pada Julai 1999. Blogger.com merupakan web service yang memungkinkan orang yang bahkan tidak memiliki kemampuan html sekalipun mampu menciptakan dan mengelola blog.

Sejak itulah, blog benar-benar berubah yang pada awalnya merupakan kumpulan link yang dikomentari oleh pemilik blog, mulai bertukar menjadi media ekspresi bebas oleh semua pemilik blog yang menyampaikan secara kronologi terbalik.
Posted on 9:59 PM by Ridhwan and filed under | 0 Comments »

0 comments:

Post a Comment