MUTIARA KATA...HAYATILAH...


1. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

2. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

3. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila- bila masa ia akan pecah.

4. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas lebih mulia daripada memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

5. Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam di dalamnya. Andai muatan kita adalah iman dan layarnya taqwa, nescaya kita selamat daripada tersesat di dalam lautan hidup ini.

6. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasari hati yang lunak seperti sutera.

7. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi, manusia yang selalu mengecewakan agama.

8. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

9. Hati yang terluka umpama besi bengkok walaupun diketuk, sukar kembali kepada bentuk asalnya. 

10. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
Posted on 1:56 PM by Ridhwan and filed under | 0 Comments »

0 comments:

Post a Comment