PENTINGKAH PERSAHABATAN???


 

Untuk post kali ini, saya terpanggil untuk berkongsi pandangan mengenai persahabatan yang hakiki. Ada kata punjangga mengatakan persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian. Suka saya nyatakan disini betapa pentingnya persahabatan ini, akan tetapi sejauh manakah kefahaman kita mengenai erti sebenar persahabatan.Sanggupkah kita menjadi seorang sahabat sejati yang mana sentiasa menyokong dan mendukung sahabat kita yang lain ketika susah mahupun senang.

Mengapakah masih wujud istilah kawan makan kawan atau gunting dalam lipatan? Memang benar kata pepatah, "kawan ketawa senang dicari kawan menangis sukar sekali" kerana tidak wujud perasaan IKHLAS dalam sesuatu persahabatan. Mereka ini hanya sekadar mahu mengaut demi kepentingan diri sendiri. Sememangnya sahabat karib amat sukar dicari. Bukan semua gelak ketawa akan berkekalan. Kadangkala ia boleh berubah dalam sekelip mata sahaja.. Teringat serangkap ayat yang menjadi kata2 azimat diri saya:

Jangan terlalu menyayangi kelak dia akan meninggalkan kita,
Jangan terlalu mempercayai kelak mungkin dia yang menikam kita,
Jangan terlalu setia kelak dia akan curang jua,
Jangan terlalu berhabis kelak tiada apa.

Mungkin ayat-ayat ini sedikit bersikap negatif tetapi sebenarnya had dalam persahabatan perlu ada. Perlu ada batas-batas dalam membentuk kepercayaan, kasih sayang, kesetiaan dan pengorbanan. Walaubagaimanapun itu tak bermakna kita perlu mengasingkan diri. Persahabatan tetap perlu dijalinkan mengikut bentuk yang sepatutnya.. Ingatlah pepatah "rakan ketawa mudah dicari, kawan menangis tak siapa pun sudi."

Jadi, dikesempatan ini saya ingin berkongsi bersama anda sebuah pandangan yang dilontarkan oleh penyajak terkenal pada suatu ketika dahulu berkenaan erti persahabatan iaitu KHALIL GIBRAN, renung-renungkan dan selamat beramal.

"Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi. Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih. Sahabat juga naungan dan pelindungmu kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian. Bila dia berbicara mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikan kata “Tidak” dikalbumu sendiri, juga tiadk kau menyembunyikan kata “Ya”. Bila mana dia diam, hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata. Dalam persahabatan segala fikiran, hasrat dan keinginan dilahirkan bersama serta dikongsi dengan kegembiraan yang tiada terkira.

Dikala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memenuhi roh kejiwaan kerana cinta yang mencari sesuatu diluar jangkauan misterinya bukanlah cinta tetapi sebuah jala yang ditebarkan hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Maka persembahkanlah yang terindah untuk sahabatmu, jika dia harus tahu musim surutmu; biarlah dia mengenali pula musim pasangmu. Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya untuk sekadar bersama membunuh waktu, carilah dia untuk bersama menghidupkan sang waktu kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu bukan mengisi kekosonganmu. Dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan segar untuk menjalani kehidupan".






Posted on 10:20 PM by Ridhwan and filed under | 2 Comments »

2 comments:

alia_syahadah@yahoo.com.my said... @ April 1, 2010 at 3:05 AM

kita hidup kat mna2 pn kna bersahabat..
apa akn trjd kalo anda sorg je yg ada dlm dunia nie?bleh hidup?gembira?terhibur?
sahabat,teman kala duka dan lara...

Ridhwan said... @ April 1, 2010 at 5:37 AM

Itu semestinya...tidak dinafikan lagi...
Jgn salah anggap dengan artikel ini..
huhuhuhu...bce molek2 dan hayati...
hehehehehehe....

Post a Comment